Hai para ibu dan bapa! Saat bayi sedang tidur merupakan waktu yang sangat berharga untuk melakukan aktiviti lain seperti mandi, makan, memasak, dan lain-lain. Namun bagaimana jika bayi anda sukar sekali tertidur?
Tahukah anda, bahwa anda boleh melatih bayi tidur sendiri melalui empat langkah berikut.
Namun sebelum mempraktikkan ini, anda harus ingat bahwa proses mendidik ini tidak akan berjaya dalam satu malam. Mungkin cara ini akan berhasil setelah beberapa bulan.
Tapi yakinlah, setelah proses ini berjaya, semuanya akan jauh lebih baik. Anda pun boleh mengerjakan hal-hal lain dengan tenang.
Keempat langkah di bawah ini hanya ditujukan untuk bayi yang sudah lebih besar. Kami tidak menganjurkan bahkan melarang anda menggunakan cara ini untuk bayi baru lahir.
1. Pisahkan kegiatan menyusu dan tidur
Mula-mula anda harus membuat batasan antara kegiatan menyusu dengan tidur. Jangan biasakan bayi menyusu sambil tidur.
Bila bayi bangun kerana lapar di malam hari, berilah bayi susu, setelah selesai biarkan ia tidur. Jika ia terbangun lagi kerana lapar, beri susu lagi hingga kenyang lalu biarkan ia tidur.
Namun jika bayi terlihat hanya mengantuk, lebih baik dukung (dan dodoi) bayi sambil berjalan atau sedikit diayun daripada memberinya susu. Perkara yang paling penting daripada langkah pertama ini adalah memberikan pilihan pada bayi, selain menyusu, untuk tidur kembali.
Lakukan cara ini berulang-ulang hingga bayi terbiasa untuk tidak menyusu untuk tidur kembali.
Kami ingatkan lagi, langkah pertama ini hanya boleh dilakukan setelah bayi sudah besar (10 bulan ke atas). Jangan lakukan jika bayi dalam masa growth spurt atau ketika bayi baru lahir. Bayi baru lahir memerlukan lebih banyak susu dan lebih cepat lapar. Bayi baru lahir perlu menyusu minimum setiap 2-4 jam sekali.
2. Bantu bayi anda tidur tanpa buaian
Setelah ia terbiasa tidur tanpa sambil menyusu, langkah selanjutnya membiasakan bayi tidur tanpa diayun walaupun masih tetap ketika anda mendukungnya.
Caranya, dukunglah bayi dan ayun sehingga mereka mengantuk dan hampir tidur. Namun sebelum benar-benar tertidur, berhenti ayun dan duduk. Jika bayi terbangun, ayun lagi pelan-pelan hingga ia hampir tertidur kembali.
Lakukan ini berulang-ulang, (kebiasaannya 25 kali ayunan), hingga bayi mengantuk saat diayun, tetapi tidak perlu diayun saat sudah hampir tertidur.
Makin lama, waktu ayun pun makin berkurang, hingga akhirnya dia boleh tertidur di gendongan anda tanpa perlu diayun.
3. Memindahkan bayi separuh tertidur ke katil
Setelah langkah nombor 3 tadi berhasil dilakukan, kini saatnya beralih ke proses nombor 3. Tunggu ia tertidur saat anda menggendongnya (ia sudah boleh tidur tanpa diayun walaupun masih di dalam gendongan).
Bila anda dalam posisi duduk, cubalah berdiri saat ia sudah hampir tertidur, dan diam sejenak. Bila ia terbangun, ayun sedikit. Bila ia sudah hampir tertidur, cuba perlaha-lahan meletakkannya ke katil.
Biasanya, sebelum berjaya meletakkan ke atas katil, ia akan terbangun dan menangis. Bila terjadi demikian, angkat lagi, ayun perlahan dan ulangi lagi.
Mungkin anda memerlukan waktu yang lama untuk berhasil membuatnya diletakkan ke atas katil tanpa protes. Yang utama, anda harus memindahkannya ke atas katil ketika ia separuh tertidur, bukan saat sudah benar-benar nyenyak tidur.
Bila langkah ini sudah berhasil, kita akan ke tahap terakhir, iaitu membiasakannya tidur di atas katil tanpa digendong terlebih dahulu.
4. Beri sentuhan, bukan gendong
Kini bayi anda sudah tidak perlu diayun dan digendong ketika mahu tidur. Peluk dan gendong ia sebentar, berikan ciuman selamat tidur, boleh ayun sebentar hingga ia mengantuk, lalu letakkan di atas katil sambil tetap menyentuhnya di bahagian dahi, dada, atau tangannya.
Terus lakukan ini hingga ia mengerti itu adalah rutin baru untuk mereka. Lama-kelamaan ia pun mudah tertidur dengan sendiri.
Itulah empat langkah untuk mendidik anak supaya dapat tidur tanpa meyusu dan tanpa menggunakan buaian.
Selamat Mencuba!
http://tinyurl.com/zslor94
sumber:ohsemmama.com